Sebenarnya Gajah Ini Labu.
Pumpkin Sculpt USA menghasilkan sebuah ukiran labu berbentuk anak gajah dalam rangka menyokong usaha menyelamat gajah yang dilakukan oleh organisasi 96 Elephants.
Sesuai dengan namanya, organisasi 96 Elephants berupaya untuk menunjukkan fakta bahawa setiap harinya ada kira-kira 96 ekor gajah Afrika yang dibunuh untuk diambil gadingnya. Tidak hanya berusaha untuk meningkatkan kesedaran pelbagai pihak, mereka juga terus menyokong peraturan yang boleh menyelamatkan gajah dari ancaman kepupusan. Berangkat dari keprihatinan 96 Elephants, Pumpkin Sculpt USA akhirnya membuat sebuah ukiran labu berbentuk anak gajah.
Untuk membuat sebuah ukiran labu berbentuk anak gajah, pemahat profesional Sue Beatrice, Andy Gertler, Jenn Cook, dan Julia Jankowskidari Pumpkin Sculpt USA menggunakan beberapa biji labu. dengan berat mencapai kira-kira 408 kg. Mereka memerlukan waktu hingga 18 jam untuk menyelesaikan ukiran labu anak gajah itu. Dengan menghasilkan ukiran labu yang hanya dapat bertahan selama beberapa hari tersebut, mereka pun secara tidak langsung telah membantu mengingatkan banyak orang bahawa gajah mati dan punah tidak ada cara lagi untuk mengembalikannya.
0 Komentar untuk "Sebenarnya Gajah Ini Labu."