Teh Paling Mahal di Dunia



Sejenis teh di negeri Assam yang jarang ditemui dijual pada harga rekod dunia di India, mencerminkan peningkatan permintaan terhadap teh istimewa ketika industri berkenaan dilanda krisis.



Teh jenama Maijan Orthodox Golden Tea seberat 2 kilogram itu dijual pada harga 141,002 rupee (RM8,416), Rabu lepas.

Seorang peniaga misteri dari Belgium membeli teh itu melalui ejen tempatan, kata seorang pegawai.

Setiausaha Pusat Lelongan Teh Guwahati, Dinesh Bihani berkata, ia merupakan harga tertinggi lelongan sekali gus mengatasi harga 50,000 rupee (RM2,984) sekilogram yang dibayar untuk teh Manohari Golden pada hari sebelumnya.

Pembeli dari Jerman, Britain, Amerika Syarikat dan Iran aktif dalam pasaran Assam, manakala harga lebih tinggi dipercayai dibayar dalam jualan persendirian.


Maijan Orthodox datang dari pokok-pokok teh berusia 100 tahun di ladang teh milik Assam Company India Limited yang merupakan antara perusahaan teh tertua di dunia. – AFP
0 Komentar untuk "Teh Paling Mahal di Dunia"

 
Copyright © 2014 Gaban Comel - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info