4 Tips Mudah Untuk Turunkan Kolesterol Setelah Hari Raya.



Dah namanya Hari Raya pasti  makanan yang serba santan. Tidak hairan kolesterol pun akan terus naik! Cara mudah menurunkannya? Lihat cara ini.

Rutin Berjalan Kaki


Penyelidikan dalam bidang perubatan menunjukkan bahawa rutin berjalan kaki turut membantu menurunkan tahap kolesterol dalam tubuh. Dengan berjalan kaki, kolesterol baik dalam tubuh pun boleh meningkat hingga 10%. Oleh kerana itu, banyak doktor yang mencadangkan untuk berjalan kaki sekurang-kurangnya 45 minit, terlebih setelah mengambil deretan makanan ala Hari Raya. Ingat, 45 minit! Agar hasilnya optimum, berjalan kakilah secara rutin 5 kali dalam seminggu
!




Lebih Banyak Makan Serat

Bayar rasa bersalahmu kerana mengambil makanan yang tinggi kolesterol dengan pengambilan makanan berserat. Pilih buah-buahan dan sayur-sayuran yang tidak hanya baik untuk kesihatan jantung, tetapi juga mampu mengurangkan kolesterol jahat dalam tubuh. Makanan seperti oat dan barli dikatakan berperanan selayaknya span yang menyerap kolesterol dalam tubuh.



Makan Ikan

Kandungan asid lemak Omega-3 pada ikan dipercayai mampu menurunkan kolesterol dalam tubuh. Tidak hairan kalau banyak doktor yang mencadangkan untuk mengambil ikan tiga kali dalam seminggu untuk menurunkan kolesterol secara lebih optimum. Namun jika memakan ikan, tentunya perlu diperhatikan proses masaknya. Kalaupun mahu digoreng, pilih minyak goreng yang tepat. Olive oil termasuk minyak goreng yang baik untuk kesihatan jantung kerana mampu menurunkan kolesterol dan juga tekanan darah.
0 Komentar untuk "4 Tips Mudah Untuk Turunkan Kolesterol Setelah Hari Raya."

 
Copyright © 2014 Gaban Comel - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info