Seorang ibu di sini dikatakan mempunyai paras wajah menyerupai dua anak perempuannya menyebabkan orang ramai keliru dan menganggap mereka sebagai kembar. Natalie Wardell berkata, dia menganggap kedua-dua anak perempuannya, Tamika, 19, dan Jazmyne, 21, seperti rakan baik dan kerap keluar meluangkan masa bersama-sama pada hujung minggu.
Katanya, setiap kali mereka keluar, orang ramai yang tidak mengenali keluarganya menyangka bahawa dia sebaya dengan anak-anaknya. Malah ada yang menganggap dia sebagai adik bongsu dalam kalangan mereka.
"Ada yang mengatakan Jazmyne ialah ibu saya dan kerana dia lebih tinggi daripada saya. Ramai juga menganggap kami seperti kembar tiga. Ia hanya genetik, "kata Wardell.
Wardell berpendapat, orang ramai mungkin keliru disebabkan rupa paras dan bentuk badannya yang langsing. - Agensi
Jom saksikan video berikut ini:
0 Komentar untuk "Anak dan Ibu Seakan Pasangan Kembar."