Mati 40 Tahun Lalu Hidup Semula.
Dua beradik perempuan terkejut apabila ibu mereka berusia 82 tahun yang disangka meninggal dunia kerana dipatuk ular, 40 tahun lalu tiba-tiba muncul semula.
Pada 1976, ibu mereka, vilasa yang ketika itu berusia 42 tahun dipatuk ular tedung hitam ketika memberi makan kepada haiwan ternakannya.
Keluarganya segera mendapatkan bantuan seorang dukun. Bagaimanapun, vilasa pengsan tetapi disangka mati menyebabkan mereka membungkus 'mayatnya' dan meletakkannya di atas rakit sebelum dilepaskan di Sungai Ganges dengan harapan dia akan hidup kembali.
Mengikut amalan penduduk tempatan, walaupun biasanya mayat dibakar, ada yang percaya Sungai Ganges yang dianggap suci mampu membersihkan racun daripada mangsa yang mati akibat patukan ular seterusnya menghidupkannya semula.
Rakit membawa mayat Valisa ditemui sekumpulan nelayan.
Apabila menyedari wanita itu masih bernyawa, mereka membantu merawatnya.
Malangnya, apabila sihat, vilasa hilang ingatan dan lupa namanya sendiri selain langsung tidak dapat meningati asal usulnya.
Disebabkan itu, vilasa terus tinggal di sebuah kuil selama 40 tahun tetapi sekitar bulan lalu, ingatannya kembali pulih sedikit demi sedikit.
Dia menceritakan kepada seorang gadis di kuil berkenaan mengenai kehidupan lampaunya.
Gadis itu kemudian menceritakan kisah vilasa kepada bapa saudaranya yang kebetulan mengenali orang kampung vilasa, Chetram, 82, yang turut menghadiri upacara 'pengebumian' vilasa 40 tahun lalu.
Anak sulung vilasa, Ram Kumari berkata: "Chetram menghubungi kami dan menceritakan apa yang berlaku."
Adiknya, Muni berkata, mereka sekeluarga terkejut dengan penemuan ibu mereka.
"Mereka membawa ibu kami pulang dan memang kami amat terkejut, namun kami tahu itu memang dia berdasarkan tanda lahirnya," katanya. - Agensi
0 Komentar untuk "Mati 40 Tahun Lalu Hidup Semula."