Pelik! Claudio Vieira de Oliveira Manusia Punyai Kepala Terbalik ke Belakang.


 Claudio Vieira de Oliveira dilahirkan dengan leher terlipat ke belakang sehingga kepalanya menjadi keadaan terbalik. Keadaan fizikal ini  membuat doktor yakin bahawa Claudio tidak akan berumur panjang. Namun perkara itu tidak membuat Claudio menyerah kalah . Dengan segala keterbatasannya, kini Claudio berjaya dalam kehidupannya.

 Selain kepalanya yang terbalik, Claudio (37) juga mempunyai kaki yang tidak sempurna. Walaupun kedua tangannya juga hampir tidak berfungsi. Masa baru lahir, doktor menganjurkan ibunya agar berhenti memberinya makan kerana mereka yakin peluang Claudio untuk hidup sangat tipis.

 Namun, kenyataannya, lelaki berasal dari Monte Santo, Brazil, itu tidak hanya berumur panjang, tetapi juga berjaya menyelesaikan pendidikannya sebagai akauntan dan berjaya menjadi seorang penceramah. Sejak kecil Claudio sudah membiasakan hidup  berdikari . Dia menaip dengan menggunakan telefon yang digigit, mengendalikan telefon dan tetikus komputer menggunakan bibirnya, serta menggunakan kasut khusus agar boleh berjalan-jalan keliling bandar.

 Keluarganya juga punya peranan besar mengapa Claudio boleh bertahan. Semua tempat di rumah dibuat untuk menyesuaikan dengan keadaan fizikal Claudio. Tempat tidurnya lebih rendah ,  dan lampu dibuat lebih rendah sehingga dia boleh melakukan semuanya tanpa bantuan orang lain. Dengan keadaan fizikalnya, bahkan Claudio tidak boleh menggunakan kerusi roda.

 Namun, dia memohon kepada ibunya agar dibenarkan bersekolah. Doktor mendiagnosis keadaan Claudio sebagai congenital arthrogryposis, suatu keadaan badan yang sangat jarang berlaku.

Jom saksikan video berikut ini;


 
0 Komentar untuk "Pelik! Claudio Vieira de Oliveira Manusia Punyai Kepala Terbalik ke Belakang."

 
Copyright © 2014 Gaban Comel - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info