Giant Gippsland adalah cacing tanah terbesar di dunia dengan panjang mencapai 2 meter . Cacing raksasa ini boleh didapati di Gippsland di Australia . Sama seperti cacing biasa , Giant Gippsland berjalan dengan merayap dan mempunyai tekstur yang lembut .
Mereka cukup sukar untuk ditemui , kerana menghabiskan sebahagian besar hidup mereka jauh di dalam tanah . Kadar air yang lebih tinggi dalam tanah membantu mereka bernafas lebih baik .
Mereka boleh mengali sedalam 3 hingga 5 meter di bawah permukaan . Kadang - kadang , hujan kuat memaksa mereka untuk muncul ke permukaan . Meskipun kelihatan menakutkan bagi setengah orang , makhluk ini cukup rapuh , pengendalian yang cuai boleh menghancurkan dan membunuh mereka .
Hanya jenis tanah lembab tertentu yang sesuai untuk habitat hidup mereka . Jika anda berjalan di atas lubang berisi air cacing ini akan bertindak balas getaran langkah kaki anda dengan bergerak dan membuat suara - suara yang cukup mudah untuk di dengar . . Walaupun agak jarang berlaku Gippsland Giants, anda dengan mudah akan mengetahui apabila mereka berada di sekeliling.
0 Komentar untuk "Inilah Cacing Bersaiz Gergasi."