Atasi Ketiak Hitam Dengan Kentang.


Ketiak hitam merupakan salah satu masalah buat wanita mahupun lelaki. Kadang gara-gara ketiak hitam, rasa keyakinan diri boleh turun. Tapi selalu ada penyelesaian dan jalan keluar untuk masalah ini.

Sebelum membincangkan soal cara semulajadi memutihkan ketiak, jom kita kenali dulu penyebab ketiak jadi hitam. Jadi dikutip dari dari thefitindian.com, ketiak hitam itu boleh disebabkan oleh penggunaan krim pencukur ketiak, teknik mencukur atau mencabut bulu ketiak yang salah, terlalu ketat memakai baju, jangkitan kerana bakteria, dan penggunaan deodorant yang berlebihan. Jadi, sebaiknya kaji dulu sumber penyebabnya untuk dapat mengatasinya dengan tepat.

Pada dasarnya, ketiak hitam itu bukan penyakit. Secara umum penyebabnya adalah kerana tindak balas kulit terhadap beberapa elemen atau pendedahan kepada cahaya matahari. Salah satu cara untuk mengatasi ketiak hitam adalah dengan menggunakan kentang.

Kentang kaya akan kandungan vitamin C, kalium, tiamin, riboflavin, folat, magnesium, fosforus, besi. Kandungan asid malat di kentang diyakini boleh jadi bahan pemutih semulajadi.


Kentang mengandungi pati yang dapat menghaluskan kulit juga mengatasi mata sembab. Kandungan antioksidannya juga boleh bantu menghilangkan stretch marks.

Lalu bagaimana cara menggunakan kentang untuk memutihkan ketiak? Caranya mudah saja. Ada dua alternatif yang boleh anda pilih.

Alternatif pertama, hanya ambil hirisan kentang. Kemudian gosokkan hirisan kentang ke kawasan ketiak secara perlahan.

Alternatif kedua, parut 1 biji kentang. Peras dan ambil airnya. Kemudian oleskan ke kawasan ketiak. Biarkan 20-25 minit lalu bilas dengan air hangat.

Lakukan rawatan ini setiap hari sehingga mendapat hasil yang diinginkan. Memang memerlukan kesabaran untuk mendapatkan hasil yang optimum. Apalagi keadaan kulit dan jenis kulit setiap orang berbeza-beza, jadi hasilnya memang tidak boleh serta-merta.

Kalau mengalami iritasi atau indikasi alergi pada kulit, segera hentikan penggunaannya, . Semoga info ini bermanfaat.
0 Komentar untuk "Atasi Ketiak Hitam Dengan Kentang."

 
Copyright © 2014 Gaban Comel - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info