Sembilan Tahun Menghilang Bot Hantu Muncul Semula


Sebuah bot yang hilang di Lautan Hindi kira-kira sembilan tahun lalu muncul semula di kawasan perairan Pulau Kangaroo dekat sini baru-baru ini.

Dikenali sebagai Wild Eyes, bot itu ditinggalkan oleh kelasi remaja perempuan Amerika Syarikat (AS), Abby Sunderland pada 12 Jun 2010 selepas ia mengalami kerosakan mekanikal.


Sunderland dari California, AS ketika berumur 16 tahun cuba mencipta rekod dunia dengan belayar secara solo mengelilingi dunia. Bagaimanapun, kerosakan pada bot itu mematahkan percubaan untuk mencipta rekod tersebut.

Dia kemudian ditemui bersama bot rosak itu sejauh 7,600 kilometer dari perairan barat Australia selepas mengaktifkan dua peranti isyarat kecemasan.

Remaja itu diselamatkan oleh pihak berkuasa Perancis dan Australia. Kos operasi menyelamat itu dianggarkan bernilai AS$300,000 (RM1.2 juta).

Bagaimanapun, bot Wild Eyes yang ditinggalkan di laut itu gagal ditemui sehingga tengah hari Selasa lalu. Bot itu hanyut dibawa arus dan angin kuat ke Pulau Kangaroo. –Kosmo.com

0 Komentar untuk "Sembilan Tahun Menghilang Bot Hantu Muncul Semula"

 
Copyright © 2014 Gaban Comel - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info