Kereta Berkaki Empat Di Korea Selatan


Pengeluar kereta Korea Selatan, Hyundai memperkenalkan projek kereta berkaki robotik yang boleh berjalan atau merayap di permukaan sukar.

Dinamakan Elevate, projek itu diumumkan kepada media menjelang pembukaan pameran Pertunjukan Elektronik Pengguna di Las Vegas, Nevada, Amerika Syarikat semalam.



“Kereta (Elevate) ini dilengkapi kaki robotik yang boleh menyelamatkan nyawa ketika berlaku bencana,” kata ketua projek tersebut, John Suh.

Berdasarkan model skala kecil yang dipamerkan pada acara media tersebut, Elevate dilengkapi empat kaki mekanikal bersama tayar untuk membolehkan kenderaan itu berjalan atau merayap.




Kaki-kaki robotik itu boleh dilipat bagi membolehkan Elevate bergerak seperti kereta biasa.

“Kaki-kaki robotik ini membolehkan Elevate bergerak ke semua arah, meniru pergerakan reptilia atau mamalia dan memanjat permukaan sukar termasuk tembok setinggi 1.5 meter tanpa menjejaskan keselesaan penumpang,” kata Hyundai dalam kenyataan akhbar.





Syarikat Korea Selatan itu membangunkan projek tersebut sejak tiga tahun lalu.

“Elevate berupaya menerokai kawasan yang tidak dapat dimasuki kenderaan konvensional,” kata pegawai reka bentuk projek tersebut, David Byron. –Kosmo.com


Jom saksikan video berikut ini:


0 Komentar untuk "Kereta Berkaki Empat Di Korea Selatan"

 
Copyright © 2014 Gaban Comel - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info