Lelaki Ini Fanatik Dengan Jenama Kasut Sukan


Seorang lelaki yang memiliki koleksi kasut sukan terbesar di dunia dan tersenarai dalam Guinness World Records telah melelong sebahagian besar koleksinya di laman web lelong eBay, lapor sebuah akhbar kelmarin. 

Jordy Geller, 36, merupakan seorang yang fanatik dengan kasut dikatakan telah melelong 2,500 pasang kasut yang dimilikinya sejak 14 tahun lalu, dengan nilai £1 juta (RM5.1 juta). 

Geller berbuat demikian kerana ketagihan untuk memakai kasut yang dimilikinya itu semakin menipis sejak kebelakangan ini. 

Justeru, Geller mengambil masa beberapa minggu untuk menyenaraikan hampir kesemua koleksi kasutnya di laman web lelong eBay dan ia telah menarik ramai pembeli dari seluruh dunia. 



Pemuda itu berharap dapat memperoleh beberapa ribu pound wang apabila dia berjaya menjual kasut itu kelak. 

"Nama hadapan saya ialah Jordan Michael. Oleh itu telah tertulis dalam bintang bahawa saya menyukai kasut. Saya suka kasut jenama Nike, saya sentiasa menyukainya. 

"Cinta saya terhadap kasut datangnya daripada bapa. Dia suka menyertai marathon ketika saya masih kecil dan akan membawa saya ke kedai kasut, selain mengajar saya tentang kasut-kasut Nike," katanya






0 Komentar untuk "Lelaki Ini Fanatik Dengan Jenama Kasut Sukan"

 
Copyright © 2014 Gaban Comel - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info