Misteri Tasik Berdarah di Kota Sadr Mengemparkan Penduduk di Iraq .


Warna merah yang kelihatan pada gambar di atas adalah sebuah tasik ' yang terletak di Kota Sadr , Iraq . Gambar ini ditangkap oleh Google Earth pada tahun 2007  .


 Tasik misteri ini kemudian mencetuskan pelbagai spekulasi kerana belum diketahui mengapa berwarna merah . Hingga saat ini belum ada maklumat rasmi yang boleh memberikan penjelasan mengenai asal - usul warna merah di tasik tersebut .

 Menurut laporan Time , seseorang mengaku mendapat maklumat dari sumber tertentu jika warna merah itu berasal dari rumah penyembelihan haiwan . Dilaporkan Howzit MSN Travel , walaupun dari atas warna air tasik tersebut kelihatan seperti darah , namun banyak  saintis yang meragui kalau warna merah itu dari darah .


Keluasan tasik yang lebih besar jika dibandingkan dengan bangunan di sekitarnya , dipastikan memerlukan darah dalam jumlah besar untuk memerahkan tasik tersebut . Selain itu darah akan cenderung berwarna kecokelatan jika sudah mulai membusuk . Teori yang masuk akal adalah warna merah itu disebabkan kerana bakteria atau alga yang tubuhnya mengeluarkan pigmen berwarna merah .


 Bakteria seperti ini termasuk dalam golongan mikroorganisma halofili yang biasanya hidup di tasik atau kolam yang mengandungi kadar garam tinggi .
0 Komentar untuk " Misteri Tasik Berdarah di Kota Sadr Mengemparkan Penduduk di Iraq ."

 
Copyright © 2014 Gaban Comel - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info