Pelik,Ratusan Semut Keluar Dari Telinga Kanak-kanak Ini Setiap Hari.
Serangga atau haiwan kecil, biasanya akan mati jika masuk ke dalam telinga. Namun, apa yang dialami seorang gadis dari India ini adalah sebaliknya.
Shreya Darji, gadis dari Gujarat, India barat ini mengalami keadaan aneh di mana semut-semut besar keluar dari telinganya. Lebih menghairankannya lagi, kejadian itu dialami kanak-kanak berusia 12 tahun itu setiap hari.
Keanehan itu bermula pada Ogos tahun lalu. Shreya mengeluh jika telinganya sakit dan ibubapanya menemui semut-semut keluar dari dua telinganya. Ia kemudian akan dibawa ke hospital.
Dari hasil pemeriksaan, didapati sejumlah serangga itu hidup di saluran gegendang telinganya. Doktor yang merawatinya telah mengeluarkan beratus-ratus semut, namun mereka terus muncul.
Dr. Jawahar Talsania berkata ia juga menggunakan kamera untuk melihat telur di dalam telinga namun tidak mendapati apa-apa. Ia mengaku baru sekali ini mendapati kes seperti yang terjadi pada Shreya.
Sementara itu, ibubapa Shreya hingga saat ini masih cuba mencari rawatan untuk anaknya tersebut. Selain itu, akibat keadaannya itu, gadis kecil tersebut sering diejek oleh rakan-rakan di persekitarannya.
0 Komentar untuk "Pelik,Ratusan Semut Keluar Dari Telinga Kanak-kanak Ini Setiap Hari."