4 Foto. Unik Istana Indah Ini 100 Peratus Diperbuat Dari Pokok Kelapa.


 Filipina adalah negara di rantau Asia yang mempunyai pelbagai lokasi pelancongan menarik. Salah satunya adalah The Coconut Palace (Istana Kelapa) yang terletak di Manila.

Sesuai dengan namanya, Istana unik ini dibuat dari bahagian-bahagian tumbuhan kelapa. Atapnya terbuat dari papan kayu kelapa dan asasnya-asasnya merupakan batang pokok kelapa yang dipasang terbalik.

Tidak hanya itu, lantai di Istana itu juga diperbuat daripada kayu kelapa. Sementara, permaidani dan kertas dinding diperbuat daripada serat kelapa. 101 tempat lilin dan meja makan dikreasikan daripada beribu-ribu tempurung kelapa.



 Paling tidak, kira-kira 70 peratus daripada Istana itu terbuat dari pokok kelapa. Mulai dari akar, batang, bunga, daun dan tempurung, semuanya dimanfaatkan dengan baik. Tidak hairanlah  jika masyarakat setempat menyebut pokok kelapa sebagai tree of life (pokok kehidupan).


Bangunan itu dibina pada masa kepemimpinan Presiden Ferdinand Marcos. Isteri, Imelda Marcos adalah orang yang memberi idea untuk membuat bangunan tersebut untuk menyambut kedatangan Paus Yohanes Paulus II pada 1981.




Namun, ketika  Paus mengetahui jika bangunan itu menghabiskan dana US $ 10 juta , ia menolak menginjakkan kakinya di istana tersebut. Apalagi mengingati, masih banyak warga Filipina yang hidup miskin.

Pada masa ini, The Coconut Palace menjadi tempat tinggal dan pejabat untuk wakil presiden. Istana ini juga dibuka untuk umum sejak 2011.
0 Komentar untuk "4 Foto. Unik Istana Indah Ini 100 Peratus Diperbuat Dari Pokok Kelapa."

 
Copyright © 2014 Gaban Comel - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info