Dua gadis India mangsa gangguan seksual di dalam bas dirakam memberikan perlawanan fizikal kepada seorang lelaki. Kedua gadis itu dengan berani menghukum pelaku gangguan menggunakan tali pinggang.
Gadis berusia 22 dan 19 tahun itu mengambil tindakan melawan sebab tidak ada respon dari penumpang lain. "Setelah beradu mulut, salah satu daripada lelaki itu meminta temannya memukul kami.
Salah satu dari mereka memukul kakak saya dan dua yang lain memegang saya," kata dia. Kejadian itu sempat dirakam oleh penumpang bas lain yang kemudian disiarkan di Youtube. "Kami melawan lelaki itu sendirian.
Tidak seorang pun membantu kami sampai mereka mendorong kami keluar bas." Selepas kejadian itu, kedua-dua gadis itu melapor ke polis dan terus pihak polis menangkap ketiga pelaku gangguan yang menimpanya.
Berikut ini video pergaduhan dua gadis India terhadap pelaku gangguan seksual.
0 Komentar untuk "Video! Dua Gadis India Bergaduh Dengan Pelaku Gangguan Seksual di Dalam Bas."