Pelik! Rakyat Korea Utara Tidak Dibenarkan Guna Nama Kim Jong-un.


Korea Utara  memang mempunyai banyak larangan untuk warganegaranya. Mulai dari tidak boleh melawat di luar bandar asal hingga potongan rambut yang sudah ditentukan. Kini, satu larangan lagi khabarnya akan disenaraikan di undang-undang.

Menurut dokumen yang dibocorkan salah satu wartawan KBS Korea Selatan, Park Jin Hee, pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un, kini hanya membenarkan ada satu nama Jong-un di negaranya. Kerana nama itu jelas adalah miliknya, warganegara lain yang mempunyai nama sama perlu menukar nama mereka.

"Semua organisasi parti dan pegawai keselamatan harus membuat senarai orang ramai dengan nama Kim Jong-un dan mereka harus dilatih dalam kerja sukarela untuk menukar nama itu," demikian laporan di dokumen yang didapatkan Jin Hee, seperti yang dilaporkan oleh The Independent . "Pihak berkuasa perlu memastikan tidak seorang pun menyebarkan gosip atau aduan tentang projek ini."

Sementara itu, Jin Hee yang sudah meninggalkan Korea Utara sejak 2008 itu menyatakan ada peraturan lama yang mengenakan sekatan persamaan nama ini. Sebabnya, tidak ada pula nama warga Korea Utara yang sama dengan nama pemimpin sebelumnya iaitu Kim Il-Sung dan Kim Jong-il.

"Di Korea Utara tidak ada orang bernama Kim Il-Sung dan Kim Jong-il," jelasnya. "Boleh dipastikan peraturan yang sama juga berlaku bagi Kim Jong-un."

Hingga kini, jurucakap Kedutaan Besar Korea Utara di London enggan mengulas soal ini. Walaupun demikian, salah satu pegawai kerajaan Korea Selatan mengesahkan berita tersebut.
0 Komentar untuk "Pelik! Rakyat Korea Utara Tidak Dibenarkan Guna Nama Kim Jong-un."

 
Copyright © 2014 Gaban Comel - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info