Polis mengangkat mayat mangsa yang dikerat beberapa bahagian badan untuk dihantar ke Hospital Sultanah Aminah. |
Mayat tersebut ditemui di parit berhampiran Kilometer 24.3 Lebuhraya PLUS arah selatan, dekat Kulaijaya.
Menyedari bau busuk dari bungkusan plastik itu, pekerja tersebut membuka salah satu plastik dan terlihat beberapa bahagian badan dan kepala yang dikerat.
Mangsa dipercayai telah dibunuh di tempat lain sebelum mayatnya dibuang di kawasan berkenaan.
Difahamkan mangsa berusia dalam lingkungan 30 dan 40 tahun. Terdapat kesan tikaman dibahagian belakang badan dan leher mangsa.
Ketua Polis Daerah Kulaijaya, Superintendan Ruslan Khalid berkata anggotanya menerima laporan mengenai penemuan mayat itu dari PLUS pada tengah hari Jumaat.
"Kami masih belum mengenal pasti mangsa.
"Kami percaya mangsa dibunuh antara satu hingga dua hari lalu," katanya.
Beliau berkata, mayat tersebut telah dihantar ke Hospital Sultanah Aminah untuk bedah siasat.
"Kami telah menubuhkan satu pasukan khas bagi mengesan suspek dan kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," katanya.
Ruslan turut menyeru kepada orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat diminta melaporkannya di mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. mstar.com.
0 Komentar untuk "Mayat Dikerat Beberapa Bahagian Dalam Plastik Hitam Ditemui "