Tetap Cantik Walaupun Hilang Bahan Binaan


Thailand kini mempunyai bangunan pencakar langit tertinggi yang sangat menarik. Bangunan yang bernama MahaNakhom ini berada di Bangkok dan baru sahaja dirasmikan pada hari isnin 29.8.2016.

Bangunan ini kelihatan sangat megah di tengah daerah pusat perniagaan Silom atau Sathon. Pada hari perasmiannya, lampu menyala berwarna-warni di sekitar bangunan yang didominasi dengan kaca. Bangunan setinggi 314 meter itu bahkan lebih tinggi berbanding menara Eiffel.

Menariknya, bangunan tertinggi di Thailand ini mempunyai bentuk yang sangat unik. Bangunan ini seolah kehilangan beberapa bahagian pikselnya yang melingkar hingga ke puncak. Bangunan MahaNakhom ini direka khas oleh arkitek antarabangsa Buro Ole Scheeren.

Bangunan pencakar langit ini dimiliki oleh pemaju Pace Development Corp. Bangunan tersebut mempunyai 77 tingkat yang dijadikan sebagai pangsapuri, bahagian retail, bar, restauran dan dek pemerhatian.




Dalam bangunan itu sudah dibuka pusat beli-belah tujuh tingkat bernama ManaNakhon CUBE dan pelbagai bahagian aktiviti lain seluas seribu meter persegi. Sebelum MahaNakhom, Thailand juga mempunyai bangunan Baiyoke Tower II setinggi 304 meter.Jom saksikan video berikut ini:



0 Komentar untuk "Tetap Cantik Walaupun Hilang Bahan Binaan"

 
Copyright © 2014 Gaban Comel - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info