Hutan Misteri Kubur Pelbagai Kereta Mewah Zaman Perang Dunia II .
Sekilas pandang di hutan ini anda hanya akan mencari rimbunan pokok tinggi berselimut kabus . Namun ketika kaki melangkah , anda akan disajikan dengan objek menarik ini . Hamparan kubur besi buruk . Bukan kubur manusia tapi kubur kereta mewah zaman Perang Dunia II .
Ya , hutan kecil di Chatillon , Belgium ini merupakan tempat " peristirahatan terakhir " bagi kereta - kereta tentera Amerika pada zaman ketika itu . Mereka sengaja meletakkan kereta-kereta dengan rapi di sini . Hutan ini pun banyak diburu para pelancong yang menggemari kereta kuno .
Majoriti kereta antik ini merupakan produk berprestij keluaran Jerman , Volkswagen . Beberapa jenama yang juga " tidur lena " di hutan ini adalah Opel , Audi , Ford , dan Buick .
Alasan para pegawai tentera meninggalkan kereta - kereta mewahnya saat itu cukup masuk akal , kos penghantaran kereta dari Belgium ke Amerika Syarikat sangat mahal . Dengan alasan itulah , semua perwira memutuskan untuk meninggalkan semua kereta - kereta mereka hingga berkarat .
Sebelum kembali ke kampung halaman , mereka perlu menyimpan kereta - kereta tersebut di tempat yang selamat . Satu per satu , kereta di parking menuruni bukit , diletakkan rapi , dan pastinya tersembunyi dari dunia luar .
Seperti dilansir dari Amusingplanet , ada sektiar 500 kereta yang " dikebumikan " di tempat ini . Mengikut masa , kereta ini mengalami hakisan dan kerosakan , bahkan tertutup lumut yang tumbuh subur kerana udara sejuk . Tidak sedikit pun juga kereta yang kehilangan bahagian tubuhnya , kerana diambil oleh para pemburu kereta antik .
1 Komentar untuk "Hutan Misteri Kubur Pelbagai Kereta Mewah Zaman Perang Dunia II ."
Perghhh... menarik walau nampak seram huhuuu... :D
http://timetravelafif.blogspot.com/2014/05/kembara-england-part-6-camden-town.html