Senarai Kerajaan Paling Lama Memerintah di Dunia.


Kerajaan paling lama memerintah di dunia, diera kerajaan memang dinasti atau keturunan sangat memainkan peranan penting dalam mengekalkan sebuah kuasa. Setelah Sang Raja meninggal raja lain boleh digantikan dengan anak atau saudara, atau keluarga lain yang masih ada pertalian darah dengan raja, oleh kerana itu sebuah kekuasaan kerajaan boleh bertahan lama di dunia kerana titah raja adalah segala-galanya. Lalu kerajaan mana sahaja yang menjadi kerajaan paling lama memerintah di dunia:



Kerajaan Ethiopia
Kerajaan ini berdiri pada tahun 1270 ketika Dinasti Solomonid menjatuhkan Dinasti Zagwe dan mengisytiharkan Raja Solomon sebagai raja bagi penduduk Habesha. Dari sana, dinasti tersebut menjadi kerajaan yang menguasai Ethiopia. Mendekati tahun 1895, Itali menyatakan perang terhadap Kerjaan Ethiopia. Tahun 1935, Benito Mussolini memimpin tentera Itali untuk menyerang Ethiopia selama 7 bulan dan akhirnya Itali mengumumkan kemenangannya. Tahun 1936-1941, Itali menguasai wilayah ini.

Kerajaan Kanem
Kerajaan Kanem berdiri sekitar tahun 700 dan bertahan hingga 1376. Kerajaan ini terletak ini wilayah yang sekarang disebut Chad, Libya, dan sebahagian Niger. Penduduk Zaghawa pertama kali menyatakan ibukota pada tahun 700 di bandar N'jimi. Kerajaan ini terbahagi menjadi 2 golongan: Duguwa dan Sayfawa yang membawa agama Islam ke dalam kerajaan ini. Bulala menduduki N'jimi dan akhirnya mengambil alih Kerajaan Kanem.

Kerajaan Rom Suci
Kerajaan Rom Suci merupakan pecahan dari kerajaan Romawi Barat dengan arahan terus  dari Gereja Katolik Rom. Namanya diambil dari fakta bahawa kaisarnya dipilih berdasarkan pemilihan umum dan disematkan mahkota oleh paus di Roma. Empayar ini berterusan dari tahun 962 hingga 1806. Empayar bermula saat Otto I mengisytiharkan dirinya sebagai Raja Jerman. Empayar ini menguasai 300 wilayah. Pada tahun 1648, kerajaan ini mulai terpecah-pecah.

Kerajaan Silla
Kerajaan Silla berdiri pada 57 SM dan meliputi Korea Utara dan Selatan. Kin Park Hyeokgeose merupakan raja pertamanya dan menguasai 4 kerajaan di sepanjang Semenanjung Korea. Dinasti Tang dan Cina dan Kerjaan Silla berperang pada abad ke-7 namun Silla dapat mengalahkannya.

Kerajaan Republik Venice
Kerajaan Venice terkenal dengan angkatan lautnya yang telah menguasai wilayah dari Eropah hingga Mediterranean dengan bandar penting seperti Cyprus dan Crete di dalamnya. Venice berkuasa sepanjang 1,100 tahun, dari 697 hingga 1797.

Kerajaan ini berdiri saat kerajaan Rom Barat jatuh ke tangan Itali. Kerajaan ini jatuh ketika bandar Piedmont jatuh ke tangan Perancis di bawah kepimpinan Napoleon Bonaparte. Pada masa Napoleon memberikan ultimatum, Doge Ludovico Manin menyerah pada tahun 1797 dan Venice berada di bawah kekuasaan Napoleon.

Kerajaan Kush
Kerajaan Kush berkuasa dari 1070 SM hingga tahun 350 yang sekarang dikenali dengan Republik Sudan. Kerajaan ini sangat bergantung pada kayu sebagai bahan eksport utama kerana sukar untuk memperdagangkan besi dan emas.

Diduga kerajaan ini runtuh akibat serangan dari suku padang pasir, namun para saintis berpendapat keruntuhan tersebut kerana penebangan hutan yang dilakukan sehingga persediaan kayu mereka berkurangan. Jadi boleh dikatakan Kerajaan Kush meruntuhkan dirinya sendiri dengan menghabiskan kayu untuk industri tanpa ada mengatasinya.

Kerajaan Romawi Timur
Kerajaan Romawi tidak hanya kerajaan paling terkenal dalam sejarah tetapi juga kerajaan yang paling lama bertahan. Kerajaan ini berkuasa di pelbagai era namun tepatnya dari 27 SM hingga tahun 1453 dengan lama bertahan selama 1480 tahun.

Kerajaan ini menguasai wilayah Mediterranean hingga Itali. Kerajaan Romawi Barat berpecah pada tahun 476 saat Jerman menyingkirkan Romulus Augustus dari kerusi empayar, namun kerajaan Romawi Timur tetap bertahan.
0 Komentar untuk "Senarai Kerajaan Paling Lama Memerintah di Dunia."

 
Copyright © 2014 Gaban Comel - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info