Cas Bateri Handphone Guna Tenaga Solar..



Charger bateri telefon menggunakan tenaga solar mungkin jarang ditemui di Malaysia, namun di negara miskin seperti di Afrika, pengisian bateri telefon @ charger handphone menggunakan boleh didapati di mana-mana.Jumlah pengguna telefon bimbit di dunia terus bertambah, tidak terkecuali di negara-negara miskin di Afrika dan Asia, di mana kira-kira 650 juta pengguna telefon bimbit mengalami masalah dalam charger bateri telefon.Mereka menggunakan pelbagai macam kaedah dalam pengisian bateri telefon, bahkan mereka sampai menggunakan sumber elektrik alternatif kerana mahalnya bayaran untuk mengisi penuh bateri telefon.

 Kedai charger bateri telefon di negara miskin sangat banyak


Di Uganda dianggarkan harga sekitar 500 shilling Uganda  untuk pengisian bateri penuh. Bagi majoriti penduduk yang mempunyai pendapatan di bawah US $ 1 per hari, pengeluaran ini boleh menjadi beban yang besar.


Pengisian bateri telefon memberatkan rakyat miskin

Grid Buffalo yang beribu pejabat di London  telah mengembangkan sebuah stesen pengisian telefon tenaga suria yang boleh membantu penduduk di negara-negara membangun mengatasi masalah pengisian telefon.


Buffalo Grid membuat pengisian bateri telefon tenaga solar


Stesen jasa pengisian telefon tenaga solar menggunakan panel foto-volta 60-watt, yang akan mengisi bateri. Tenaga matahari diubah dalam mikro-generator mudah alih melalui Power Point Tracking maksimum (MPPT), dan menyalurkan pengisian elektrik secara mobile.

Pengisian bateri telefon mudah alih
 
Untuk mengaktifkan sistem pengisian bateri, pemilik telefon menghantar mesej teks ke peranti. Ketika mesej diterima, sebuah lampu LED akan menyala, menandakan bahawa ia bersedia untuk mengisi bateri telefon.Stesen pengisian mudah alih juga membantu mengurangkan kos elektrik. Rata-rata, setiap mesej teks membolehkan mengisi bateri telefon selama kira-kira satu jam setengah.


Masyarakat berkumpul mengisi bateri di pengisian bateri tenaga solar mudah alih


Satu unit Grid Buffalo yang terisi penuh boleh bertahan sehingga tiga hari, dan setiap unit dilengkapi dengan 10 kabel pengisian yang boleh digunakan untuk mengisi kira-kira 30 hingga 50 telefon setiap hari.





Related Post

  • Ikan Macam Buaya Ikan ini mungkin kelihatan seperti buaya, tetapi ia bukanlah buaya. Ini n ikan gergasi dipanggil alligator gar (Atract…
  • Banggunan Mirip Mata Gerudi Terletak di Bahrain, bangunan ini menempatkan sebuah hotel bertaraf lima bintang iaitu Wyndham Hotel Group dijangkakan…
  • Menjadi Terkenal Kerana Sayur Kucing merupakan haiwan yang dikenali gemar makan segala jenis ikan. Jarang sekali melihat ada kucing yang boleh menga…
  • Pertandingan Sabung Burung Puyuh . Segelintir penduduk begitu asyik  menyaksikan pertandingan sabung burung puyuh di Kabul, Afghanistan .Keunikan sa…
  • Tradisi Bakar Diri Bukti Kesetian Pada Suami Ada sebuah tradisi yang aneh di India yakni tradisi yang diberi nama Sati tradisi ini adalah tradisi bakar diri untuk…
0 Komentar untuk "Cas Bateri Handphone Guna Tenaga Solar.."

 
Copyright © 2014 Gaban Comel - All Rights Reserved
Template By Catatan Info