Basikal Ini Bukan Diperbuat Dari Besi
Dua lelaki mengambil inisiatif kreatif dengan menghasilkan basikal daripada buluh malah turut menguji ketahanan basikal tersebut dengan menunggangnya lebih 2500KM dari Chengdu ke Lhasa.
Menurut Sina News, Abu yang membesar di Tibet merupakan seorang jurutera reka bentuk selepas menamatkan pengajian di univerisiti, namun tidak lama selepas itu dia berhenti kerja dan menumpukan perhatian kepada hobinya iaitu melancong.
Menjelang tahun 2011, dia memulakan perniagaan agensi pelancongan sendiri.
Melalui perniagaannya, Abu bersama rakan melancongnya, Jake yang suka menghasilkan basikal sendiri dan mendapat idea membuat basikal daripada buluh yang digelar 'bambike'.
Mereka kemudian merealisasikan idea itu menjadi realiti dimana Jake yang turut mempunyai kedai basikal.
'Bambike' kelihatan tidak banyak beza dengan mana-mana basikal yang lain kecuali bingkai dan pemengang yang dibuat daripada buluh.
Berkongsi cara membuat basikal unik itu, Abu berkata, langkah pertama dan yang paling penting adalah memilih buluh yang betul.
Menurutnya, selepas membandingkan berpuluh puluh jenis buluh, jenis buluh yang terbaik adalah buluh Tonkin Cane dari Guangdong berusia 3 hingga 5 tahun.
Tambahnya lagi, bagi melindungi buluh dari pepijat dan keretakan buluh tersebut perlu dibakar di dalam 100 hingga 100 darjah selsius dan dilindungi lapisan minyak.
"Buluh akan tahan lasak dan anda mampu berdiri di atasnya dan ia tidak akan patah," ujarnya.
Abu dan Jake turut akan membawa basikal ini ke Eropah untuk diuji ketahanannya dan apa yang mengembirakan, basikal buluh tersebut mematuhi piawaian basikal Eropah.
13 Mei lalu, Abu menunggang basikal buluh itu dari Chengdu dan berjaya tiba di Potala Palase selepas 30 hari kemudian.sinarharian.
0 Komentar untuk "Basikal Ini Bukan Diperbuat Dari Besi"