Pasaraya Paling Besar Di Dunia


New Century Global Center di Chengdu, China, bangunan ini telah rasmi dibuka dan menjadi yang terbesar di dunia.

Pelancong yang berkunjung ke Chengdu di Wilayah Sichuan, China, sekarang tidak hanya boleh melihat panda. Sebuah bangunan Supersize telah dibuka di bandar ini, dengan keluasan 1,76 juta meter persegi.

New Century Global Center. Panjangnya kira-kira 500 meter, dengan lebar 400 meter dan tinggi 100 meter. Bangunan ini bahkan mempunyai "matahari buatan" untuk menghasilkan cahaya selama 24 jam!




Ukuran juga sama dengan 3 kali banggunan Pentagon di Washington, AS. New Century Global Center mengandungi pusat membeli-belah, hotel, pawagam dengan 14 studio, water park,  ice skating dan replika sebuah perkampungan ala Mediterranean.

"Ini adalah bandar samudera yang dibina manusia," kata pemandu pelancongan di China, Liu Xun. Disebut begitu kerana New Century Global Center dicipta persis di sebelah tasik buatan.



Memerlukan masa 3 tahun untuk menyiapkan pembinaan bangunan ini . New Century Global Center menjadi objek pelancongan baru, tidak hanya bagi pelancong tetapi juga 14 juta warga Chengdu.




0 Komentar untuk "Pasaraya Paling Besar Di Dunia"

 
Copyright © 2014 Gaban Comel - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info