Spesies Katak Kerdil Ditemui di India


Satu spesies baharu katak kerdil yang mempunyai corak badan seperti bintang di langit telah ditemui di kawasan banjaran pergunungan Ghats Barat, India.

Penemuan itu dibuat Felo Universiti George Washington, Dr. Seenapuram Palaniswamy Vijayakumar bersama seorang rakannya dalam satu ekspedisi beberapa tahun lalu sebelum disahkan Kurator Muzium Sejarah Semula Jadi Florida, Dr. David Blackburn baru-baru ini.



“Ketika kami menemui katak itu beberapa tahun lalu, saya tidak begitu teruja tetapi siapa sangka amfibia kecil itu menjadi begitu menarik sekarang. Kami tidak pernah melihat hidupan seperti ini,” kata Vijayakumar.

Amfibia itu dinamakan Astrobatrachus kurichiyana sempena tanda seperti kerdipan bintang pada kulitnya dan penduduk pribumi Kurichiyarmala di banjaran gunung tempat ia ditemui.

Ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dan imbasan tomografi berkomputer (CT) mengesahkan katak itu spesies serta susur galurnya mewakili keluarga fauna baharu yang diklasifikasikan saintis sebagai Astrobatrachinae.

‘Katak ini daripada sebuah keluarga purba yang bertahan sejak berpuluh juta tahun lalu. Kita sepatutnya meraikan penemuan makhluk purba ini yang masih mampu hidup hingga sekarang,” tambah Vijayakumar. – Agensi

Related Post

  • Cuci Mata Guna Pisau  Tukang gunting rambut di Wilayah Sichuan , China, telah mempunyai amalan seni pembersihan mata dengan pisau taja…
  • Guna Pelayan Kembar Saja  Terinspirasi oleh filem era Soviet di mana seorang gadis mencari kembarnya dalam alam semesta selari, Alexei Kh…
  • Buta Boleh Melihat Ketika Bernyanyi Seorang nenek berasal dari eropah , Moira Gleed , mempunyai keadaan kesihatan yang cukup unik. Kedua mata nenek 66 ta…
  • Buat Rumah Dalam Tanah  Polis Kansas City di Missouri Amerika Syarikat mencari penempatan orang-orang kehilangan tempat tinggal. Yang m…
  • Pejabat Pos Dsar Laut     Terletak 50 meter dari pantai  Pulau Hideaway, Republik Vaunatu, tiga meter di bawah permukaan…
0 Komentar untuk "Spesies Katak Kerdil Ditemui di India"

 
Copyright © 2014 Gaban Comel - All Rights Reserved
Template By Catatan Info