Seorang lelaki di Rusia bertindak kejam apabila membekukan anjing peliharaannya sehingga mati dengan cara menuangkan air sejuk ke seluruh tubuh haiwan itu dan membiarkannya di luar rumah pada suhu -32 darjah Celcius.
Ketika ditemui pasukan penyelamat, anjing itu masih hidup tetapi terperangkap di dalam ais di luar rumahnya di Yakutsk iaitu bandar yang dikenali paling sejuk di dunia.
Beberapa keping gambar menyentuh hati menunjukkan mata anjing betina berbulu putih itu masih terbuka dan kelihatan takut, manakala kakinya mencakar-cakar minta dilepaskan.
Selepas ais dipecahkan, kumpulan aktivis haiwan tersebut bergegas membawa anjing malang berusia setahun itu ke klinik haiwan, namun gagal diselamatkan.
0 Komentar untuk "Mati Kerana Beku"