Misteri Mumia Api Kabayan ialah mumia kaum Ibaloi yang menetap
diKabayan, utara Filipina. Mumia ini dianggap sebagai warisan dunia dan
Filipina kerana keunikannya dan misteri kewujudannya.
Awalnya,
mumia-mumia ini ditemui pada tahun 1900-an dengan keadaan baik di dalam
Gua Timbak yang berada di atas gunung. Perjalanan untuk mendaki dan
mencari mumia ini memerlukan masa kira-kira 5 jam lamanya.
Kaum asli
Ibaloi mengawet ahli keluarga yang mati dengan menyalami mayat mereka di
atas api. Setelah mayat kering ianya akan dimasukkan kedalam keranda
kayu yang kemudiannya disembunyikan di dalam gua sekitar Kabayan.
Beberapa
saintis percaya, mumia api ini sudah wujud sejak tahun 1200-1500 Masehi
di 5 bandar yang ada di Filipina dan dikebumikan di dalam gua-gua.
Namun sayang, amalan pembuatan mumia ini terhenti kerana Sepanyol
menjajah Filipina sekitar tahun 1500-an.
Ada keunikan dalam
proses membuat mumia-mumia ini. Proses pembuatannya pun cukup memakan
masa hingga berbulan-bulan. Sebelum menjadi mayat, mereka yang mahu
dijadikan mumia dipaksa minum air yang sangat masin.
Setelah
meninggal, mayat itu dicuci dan diletakkan dengan posisi duduk di atas
api (salai) untuk dijadikan mumia. Perkara itulah yang membuat cecair
tubuhnya keluar. Asap tembakau juga ditiupkan ke dalam mulut mayat untuk
mengeringkan organ-organ dalaman tubuh.
Mumia api yang jumlahnya
sedikit ini diburu oleh orang-orang tIDak bertanggung jawab. Oleh
sebab itu, kerajaan tempatan melindungi gua-gua yang diyakini terdapat
mumia. Mumia api ini termasuk dalam salah satu benda paling terancam di
dunia.
Sehingga sekarang, tercatat 28 mumia api yang boleh
dilihat pengunjung di sebuah muzium di Kabayan. Lihatlah mumia api dari
dekat, bentuk lekuk tubuhnya masih kelihatan jelas. Hampir semua mumia
api di Filipina pun kelihatan membuka mulutnya.Terdapat banyak lagi gua
sekitar Kabayan tetapi lokasinya dirahsiakan kerana kerjaan Filipina
tidak mahu makan-makan ini dijarah.
popular post
-
Linnie Ikeda, wanita 24 tahun berasal dari Hawaii mengalami keadaan yang aneh. Tubuhnya tanpa sebab mengeluarkan darah secara misteri. Te...
-
Pasangan perkahwinan unik ini berasal dari bandar Yanchang, Provinsi Shaanxi, China. Pengantin ini tidak diketahui nama penuhnya, namun p...
-
Seluar dalam anti curang khusus buat lelaki yang suka bermain kayu tiga . Seluar dalam anti curang ini dibuat di China kerana banyaknya ro...
-
Syarikat arkitek yang berpusat di Hong Kong, OVA Studio telah merancang Hive-Inn, hotel dengan bentuk seperti permainan zig-zag yang dipe...
-
Menurut legenda kuno, Iceland merupakan medan perang abadi, dengan senjata berupa lava. Lava yang terlontar dari gunung api aktif, serin...
-
Tahukah anda Burung Kolibri atau Hummingbird iaitu hanya satu burung yang boleh terbang berundur? Tidak seperti burung-burung umumnya...
-
Beberapa hari kebelakangan ini, sebuah video trak menumpahkan air ke kawasan parkir jadi perbincangan hangat di media sosial. Trak itu me...
-
Ikan merupakan haiwan berdarah sejuk, sehingga banyak jenis ikan yang mampu bertahan hidup di suhu yang cukup ekstrem. Terutama di kaw...
BLOG LIST ( EXCHANGE LINK)
Blog Archive
Latest News
Copyright © 2014 Gaban Comel - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info










0 Komentar untuk "Proses Pembuatan Mumia Api Kebayan"