Mungkin anda sendiri, kadang-kadang terlupa akan tarikh-tarikh penting kerana kesibukan setiap harinya. Jika pekara ini sering anda alami, sekarang telah tercipta sebuah cicin unik ini.
Cincin ini dinamakan 'Remember Ring' dan dibuat oleh syarikat perhiasan bernama Alaska Jewelry. bagaimana caranya cincin ini membantu anda untuk mengingati tarikh penting?
Walaupun berbentuk seperti cincin biasa dari luar, namun didalamnya terdapat teknologi pemanas yang canggih. Teknologi Hot Spot ini akan memanaskan sendiri kira-kira 24 jam sebelum tarikh anniversary seperti yang tertera di cincin.
Setiap jamnya, cincin ini akan semakin panas selama 10 saat. Terus memanaskan sampai 120 darjah Fahrenheit, hingga sukar diabaikan. Mengingatkan anda jika hari ISTIMEWA telah tiba.
Cincin ini juga dilengkapi dengan teknologi bateri yang mengambil tenaga dari panas tubuh yang kemudian diubah menjadi tenaga elektrik. Sehinggakan dikatakan tidak akan mati, dan bebas penjagaan khas.
"Menggunakan micro Thermopile. Remember Ring ini mengubah panas tubuh menjadi tenaga elektrik. Membuat bateri terus menyala dan pusingan jam microchip tidak akan salah. Cukup spesifikasi tarikh anniversary anda ketika menempah dan kami akan memprogram untuk anda," ungkap juru bicara dari Alaska Jewelry seperti dipetik dari Daily Mail.
Cincin yang masih dalam tahap pembangunan ini, akan dijual 760 US $ . Dibuat dalam tujuh gaya berbeza, cincin 14 karat ini boleh disesuaikan menjadi emas putih atau emas kuning sesuai keinginan pembeli.
0 Komentar untuk "Cincin Emas Ini Mmembantu Anda Memperingati Sesuatu Tarikh."