Festival Ikan Duyung Terbesar di Dunia

 

Walaupun dilanda ribut taufan Sandy dan pejabat penganjurnya ditenggelami air baru-baru ini, acara yang diberi nama Perarakan Ikan Duyung tetap dapat dilaksanakan dengan cukup meriah.


Penganjur dikatakan berjaya mengumpul dana sebanyak AS$100,000 (RM300,000) untuk membiayai acara tersebut.


Berlangsung di sini mulai semalam, orang ramai memenuhi jalan-jalan dengan memakai pakaian dan solekan pelik. Misalnya, baju seperti ikan duyung dan makhluk laut yang lain.


Perarakan Ikan Duyung bermula pada tahun 1983. Antara matlamat penganjurannya adalah untuk menghidupkan kembali cerita-cerita dongeng dan sebagai hiburan untuk penduduk setempat.


Tidak seperti perarakan lain, acara itu tiada kena mengena dengan apa jua etnik, agama atau keuntungan komersial.


Acara tersebut menjadi perarakan seni paling besar di Amerika Syarikat yang menampilkan lebih 1,500 orang peserta dari seluruh negara Uncle Sam itu.

jom saksikan foto-foto menarik dibawah:

 


















Related Post

  • Tulang Rahang Pesakit Jadi Karya Seni. Sebuah klinik plastic surgery di Seoul, Korea selatan mengumpulkan tulang rahang pesakit dan membuatnya menjadi kary…
  • Terasa Sakit Bila Dipeluk. Pelukan adalah perkara yang paling menyenangkan dan membahagiakan . Kita semua sebagai manusia tentu memerlukan ungka…
  • Ular Muntah Anjing.   Jika anda 'lemah' semangat sebaiknya anda tidak menonton Video ini. Dalam sebuah video yang disiarkan oleh …
  • Aksi Telan Pedang. Tarikan menelan pedang yang sangat ekstrem tersebut dilakukan untuk meraikan Festival Musim Sejuk di China di hari ke…
  • Gadis Tersepit Dalam Mesin Basuh.   Ada - ada saja kelakuan kanak-kanak zaman sekarang . Bersemangatnya bermain , gadis berumur 10 tahun ini …
0 Komentar untuk "Festival Ikan Duyung Terbesar di Dunia"

 
Copyright © 2014 Gaban Comel - All Rights Reserved
Template By Catatan Info