Aneh, Kedai Ini Hanya Jual Satu Buku Dalam Satu Masa



Setiap kedai buku biasanya selalu menjual berbagai macam jenis untuk memenuhi keinginan pengunjung. Tidak jarang, mereka belumba-lumba untuk menambah koleksi bukunya agar semakin menarik minat pembeli.

Namun, sebuah kedai buku di Jepun ini nampaknya mempunyai konsep yang berbeza. Kedai milik Yoshiyuki Morioka yang terletak di Ginza, Tokyo ini hanya menjual satu buku setiap waktunya.

Yoshiyuki Morioka hanya menyediakan satu jenis buku dan beberapa cetakannya dalam satu minggu. Kemudian minggu seterusnya, ia akan menjual buku yang berbeza.



 Morioka menyebutkan jika ia mempunyai sebuah kedai buku lain di Kayabacho yang telah berdiri selama 10 tahun. Di kedai beliau itu ia menyediakan kira-kira 200 buku. Namun, ia merasa menyediakan satu buku akan jauh lebih memudahkan pengunjung,

Ia juga boleh mengubah suasana kedai beliau sesuai dengan tema buku yang dijualnya. Dengan begitu, pengunjung boleh merasai sendiri berada dalam dunia yang ada dalam buku tersebut.




Morioka juga memilih buku yang dijualnya dengan lebih berhati-hati dengan memperhatikan pelbagai aspek termasuk kualitinya. Sejak dibuka pada Mei lalu, kedai ini telah menjual paling tidak 2000 buku.
0 Komentar untuk "Aneh, Kedai Ini Hanya Jual Satu Buku Dalam Satu Masa"

 
Copyright © 2014 Gaban Comel - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info