Aksi Lucu Bila Singa Dikejar Oleh Kerbau


Dunia haiwan selalu menarik untuk dilihat. Pemangsa akan selalu mengejar mangsa, demi mendapatkan makanan. Demikian juga mangsa, akan mengelakkan pemangsa yang setiap saat boleh saja mengintainya.

Namun, mangsa biasanya akan berkelompok, dan menguatkan barisannya agar terhindar dari bahaya pemangsa. Terutama di alam liar yang ada di Afrika, di mana setiap harinya kegiatan makan memakan ini selalu terjadi.

Tetapi kali ini raja hutan harus tahu, bila-bila masa melarikan diri dari dikejar mangsanya, perkara yang sebaliknya berlaku jika melihat rantai makanan. Apalagi yang ia hadapi bukan satu kerbau, tetapi seluruh kumpulan itu.

Dalam gambar-gambar menunjukkan, jika singa juga boleh benar-benar takut dengan puluhan kerbau yang sangat marah. Kejadian yang berlaku di Masai Mara, Kenya ini, berjaya diabadikan oleh dua jurugambar yang sedang melakukan lawatan safari.

Awalnya, kerbau didekati oleh singa betina dan juga singa jantan, tapi sebelum kawanan singa menyerang kerbau tersebut, kumpulan mangsa ini melihat kehadiran para pemburu.

Satu bergerak, hingga akhirnya kawanan kerbau mengejar para singa, dan mula berlari dan mengejarnya.

Singa betina terlebih dahulu , tapi singa jantan nampaknya agak terlambat, sehingga kerbau itu berada dekat dengannya.

Laurent Renaud dan Dominique Haution menangkap detik-detik aksi memburu tersebut, nampak lucu saat safari dilakukan di Taman Negara Masai Mara, Kenya.

"Anda boleh melihat ketakutan di mata singa. Ketika kami berhenti, singa hanya berbaring di semak-semak. Tapi kerbau tidak suka singa yang terdekat dan mereka mengejar dengan cepat. Singa-singa pun keluar dari sana dengan cepat," kata Renaud.







Related Post

  • Cendawan Seakan Manusia Jonathan Revett di Cockley Cley, Norfolk, telah mencari spesies cendawan baru yang kelihatan seperti manusia. Cendaw…
  • Cendawan Pelik Ini Berlendir Dahulu pada tahun 50-an ada filem fiksyen sains yang menjadikan cendawan lendir sebagai watak tanaman yang boleh berf…
  • Tumbuh Tumbuhan Suka Hati Mana mana Nak Tumbuh Kita semua mungkin boleh belajar dari  tumbuhan ini. Meskipun dalam keadaan sukar dan sempit, tumbuhan ini tetap…
  • Ketagih Minum Petrol Seorang budak perempuan bernama Shannon menunjukkan demonstrasi ketagihannya meminum petrol untuk rancangan televis…
  • Jadi Jutawan Kerana Sperma Paus Seorang budak lelaki yang tinggal di Bournemouth, Britania Raya yang  sangat beruntung ini adalah Charlie Naysm…
0 Komentar untuk "Aksi Lucu Bila Singa Dikejar Oleh Kerbau"

 
Copyright © 2014 Gaban Comel - All Rights Reserved
Template By Catatan Info