9 Foto Permandangan Kabin Dipuncak Gunung Yang Menakjubkan.
Amerika Syarikat – Sebuah kabin di puncak awan menjadi tempat rahsia untuk pelancong bermalam pada ketinggian lebih 2,100 meter dari para laut sambil menyaksikan latar belakang Banjaran North Cascades di negeri Washington.
Dinamakan The Three Fingers, ia dibina di puncak banjaran berkenaan. Kabin kayu itu merupakan tempat terbaik untuk pengembara melihat pemandangan mengagumkan, itupun jika mereka mampu mendaki setinggi itu.
Terletak di tepi sebuah tebing tinggi, pengunjung boleh sampai ke kabin tersebut melalui barisan tangga kayu curam dan mencabar keberanian mereka yang melakukan pendakian.
Seorang pendaki, Ethan Welty bersama dua rakannya, Craig Weiland dan Colin Ridgley dari Seattle merupakan antara mereka yang berjaya sampai ke kabin tersebut dan berpeluang melihat dan merakam panorama indah di sekeliling mereka.
“Kabin ini nampaknya akan runtuh suatu hari nanti tetapi buat masa ini, para pendaki bekerjasama untuk membaiki dan membersihkan tempat ini di samping menjaga laluan naik ke puncak gunung ini.
“Berbanding tempat lain yang pernah saya daki , saya tidak pernah berasa begitu sukar untuk meninggalkan tempat ini kerana pemandangan sekelilingnya yang sangat indah,” kata Welty.Jom saksikan foto foto berikut ini;
0 Komentar untuk "9 Foto Permandangan Kabin Dipuncak Gunung Yang Menakjubkan."