Banjir paling buruk melanda Lembah Mississippi di Amerika Syarikat dalam tempoh 70 tahun, menenggelamkan rumah-rumah, ladang-ladang dan jalan raya selepas paras air Sungai Mississippi naik lebih enam kali ganda daripada paras biasa.
Banjir itu berlaku kerana hujan lebat sejak bulan lalu yang menyebabkan air sungai dan anak sungai meningkat serta akibat salji tebal yang cair.
Jurutera tentera pada Selasa lalu menjalankan pemeriksaan di kawasan tebing yang ditenggelami air di Memphis, Tennessee, di mana lebar Sungai Mississippi kebiasaannya sekitar 800 meter, kini mencecah n 4.8 kilometer lebar.
Daryl Hissong dan anak lelakinya berusia tiga tahun merupakan antara beribu-ribu mangsa banjir yang terpaksa meninggalkan rumah mereka yang dilanda air lumpur akibat banjir teruk itu.
Mereka mengemas barangan mereka pada hari Ahad lalu dan keesokan paginya air naik hampir dua meter di dalam rumah mereka yang terletak di pinggir bandar Memphis.
"Kemungkinan besar ia (banjir) akan mengambil masa sehingga sebulan untuk keadaan kembali reda," ujar Hissong kepada AFP.
Tambak semula jadi telah melindungi kebanyakan kawasan Memphis daripada banjir teruk tetapi mereka yang tinggal di kawasan sungai mengalir masuk di Pulau Mud.
Banjir menenggelamkan rumah-rumah di sepanjang pinggir sungai dan semalam, air sungai melimpahi beg-beg pasir yang dibina di sekeliling sebuah kondominium.
Namun, mercu tanda muzik Graceland dan Sun Studios di Jalan Beale tidak terjejas.
Ia merupakan banjir terbesar di lembah Mississippi sejak 1937 dan air sungai itu di beberapa kawasan meningkat melebihi rekod sebelum ini.
popular post
-
Pepatah bilang datangnya cinta dari mata turun ke hati. Namun bagaimana jika ada Hello Kitty di mata anda? Apakah pepatah itu berlaku? Ka...
-
Foto-foto ribut petir ini diambil dari Stesen Angkasa Antarabangsa, kira-kira 400 batu dari Bumi. Galeri foto ini menunjukkan bagaimana ...
-
Arkitek Jepun, Terunobu Fujimori telah membina sebuah rumah pokok dengan bentuk seperti rumah dari sebuah cerita dongeng di Hokuto, Jepun...
-
Penduduk setempat mengais mencari barang yang boleh diselamatkan dari balik runtuhan rumah mereka, Rabu (25 /9), sehari selepas gempa bumi...
-
Seniman Phillip K. Smith III baru saja menyelesaikan pemasangan berjudul "Lucid Stead" dalam lanskap padang pasir Joshua Tree, ...
-
Bandar Kowloon Walled City popular kerana peengedaran dadah dan jenayah, bandar Kowloon Walled City di Hongkong pernah menjadi salah...
-
Baru-baru ini, orang ramai digemparkan oleh video yang memperlihatkan seekor sotong bersaiz gergasi di pelabuhan Wilayah Toyama, Jepun. So...
-
Kucing memang menjadi salah satu haiwan yang sangat comel di dunia. Pada masa kini seekor kucing bernama Bagel tengah menjadi perbincan...
BLOG LIST ( EXCHANGE LINK)
Blog Archive
Latest News
Copyright © 2014 Gaban Comel - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info







1 Komentar untuk "Rumah Ini Tidak Akan Tenggelam Walau Dilanda Banjir"
Bestkan dapat tinggal di rumah yang tidak mudah dilanda banjir.
Orang lain sibuk berpindah, dia pula tidak risau walau di sekeliling air besar melanda.