Kucing Ini Sebenarnya Beg Tangan


Kucing, merupakan salah satu haiwan peliharaan yang paling digemari. Tidak hanya itu, kerana bentuknya yang comel kucing seringkali dijadikan model untuk pelbagai aksesori.

Salah satunya seperti trend yang sedang popular di Jepun. Perempuan dan para remaja saat ini sedang menggemari beg dengan bentuk seekor kucing.

Menariknya, beg tersebut mempunyai bentuk hingga tekstur bulu yang benar-benar serupa dengan haiwan comel itu. Bahkan jika dilihat sekilas saja tidak akan kelihatan perbezaannya.

Trend ini pertama kali dibawa oleh pemilik akaun Twitter @ picopoco08. Ia menggambarkan dirinya sebagai seorang suri rumah tangga pecinta kucing dan menikmati "membuat" kucing.




Baru-baru ini, akaun tersebut sempat memuat naik foto sebuah beg berbentuk kucing dengan tiga warna. Lucunya, gambar tersebut langsung popular dan mendapat banyak komen.

Lebih luar biasanya lagi, pemilik akaun mengaku beg tersebut merupakan hasil kerajinan tangannya sendiri. Sejak saat itulah beg berbentuk kucing itu selalu terjual habis dalam masa yang singkat.

Beg-beg tersebut dijual dengan julat harga 60,000 Yen  hingga 80,000 Yen. Jika melihat foto-foto di atas tidak hairan beg-beg tersebut boleh laris dijual dalam masa singkat.
0 Komentar untuk "Kucing Ini Sebenarnya Beg Tangan"

 
Copyright © 2014 Gaban Comel - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info