Di Negara Ini Rumah Beratapkan Rumput
Mungkin korang akan menyangka rumah ini hanyalah rumah usang yang sudah ditinggalkan, sehingga bumbungnya banyak ditumbuhi rumput dan pokok . Tapi tidak demikian rupa di Norway, rumah beratapkan rumput merupakan sebuah tradisi di Norway.
Aneka jenis rumput menutupi seluruh permukaan bumbung rumah. Ada yang berwarna hijau seperti rumput padang bola , ada juga yang berwarna kuning yang nampak seperti ladang gandum, ada yang dihiasi tanaman berbunga-bunga, dan sebagainya.
Tradisi tersebut telah berlangsung sejak ratusan tahun yang lalu dan dikekalkan hingga saat ini. Sejak zaman Viking dan abad pertengahan dulu kala sebahagian besar rumah-rumah di kawasan luar bandar beratapkan rumput sampai awal abad ke-18.
Rumah beratapkan jubin muncul lebih awal berada di bandar. Secara perlahan tradisi rumah beratap rumput mulai dilupakan kecuali di kawasan pedalaman terpencil pada abad ke-19.
Tidak lama kemudian muncul gerakan untuk memelihara tradisi tersebut. Akhirnya sampai saat ini tradisi itu masih tetap terjaga. Bila anda pergi ke Norway jangan terkejut kalau anda melihat rumah unik seperti ini di pelbagai tempat.
Tidak hanya di luar bandar, di bandar pun rumah beratapkan rumput juga banyak dijumpai di Norway. Bumbung rumput telah menjadi alternatif untuk bahan pembinaan rumah moden. Bumbung rumput mampu bertahan untuk masa yang lama (awet). Kemudian dengan ukurannya yang berat justru dapat memberikan kestabilan sebuah rumah.
0 Komentar untuk "Di Negara Ini Rumah Beratapkan Rumput "