Ambil Masa 15 Tahun Bina Semula Pesawat Tempur.



Seorang lelaki membelanjakan £50,000 (RM263,168) dan mengambil masa selama 15 tahun untuk membina sebuah replika pesawat tempur tentera Jerman yang terkenal semasa era Perang Dunia Pertama.

Lelaki tersebut, Paul Ford, 52, membina replika pesawat tempur Jerman yang dikenali sebagai The Red Baron itu dan lebih menarik lagi pesawat berkenaan mampu terbang seperti pesawat sebenar.

Ford berkata, dia membina pesawat berkenaan di sebuah gudang milik keluarganya di kampung Cottenham di daerah Cambridgeshire dekat sini.

“Membina pesawat ini sangat sukar kerana semua kapal terbang yang asal telah musnah dan saya hanya berpandukan kepada gambar serta lukisan pesawat berkenaan.

“Saya terpaksa meminta bantuan anak dan beberapa rakan rapat untuk membantu dalam projek ini,” katanya.

Menurutnya, dia kini membawa pesawat berkenaan di setiap pertunjukan udara di Britain dan sering mendapat pujian daripada orang ramai. – Agensi






0 Komentar untuk "Ambil Masa 15 Tahun Bina Semula Pesawat Tempur."

 
Copyright © 2014 Gaban Comel - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info