Makan Apa Sahaja Termasuk Batang Kayu.



Kanak-kanak kecil yang pelik ini benar-benar harus diawasi oleh ibu bapanya. Kanak-kanak bernama Maddie Moore ini mempunyai keadaan pelik yang membuatnya ingin memakan benda apapun di sekitarnya.

Maddie didiagnosi menderita kelainan yang disebut Pica. Kelainan ini membuat kanak-kanak kecil berumur 3 tahun tersebut memakan apapun mulai dari serangga, lukisan, mainan Play-Doh, batang kayu, hingga plastik.

"Kalau dia mampu, dia benar-benar akan makan apa-apa," kata ibu Maddie, Catherine. "Aku selalu bimbang benda apa lagi yang akan dia makan selanjutnya."

"Semalam dia makan satu pek kapur saat aku tidak melihat. Tapi makanan kegemarannya adalah Play-Doh, pasir dan kotoran," tambah Catherine. "Saya benar-benar tidak boleh berpaling darinya walaupun satu minit saja."

Di malam hari Maddie tidur di tempat tidur khas yang mencegahnya agar tidak boleh lari.Perkara ini dilakukan agar Maddie tidak memakan benda yang mengandung racun ketika ibu bapanya sedang tidur.

"Ini sangat sukar bagi kami kerana keadaan ini tidak membolehkan bagi Maddie untuk pergi keluar rumah," kata lagi ibunya. "Setiap hari adalah perjuangan bagiku."

Meskipun harus bekerja  ketika merawat anak perempuannya, Catherine mengaku rela menjalani itu semua. Baginya, Maddie adalah harta yang tidak ternilai dan tidak boleh digantikan dengan apa-apa.

"Tapi itu semua terbayar kerana dia sangat berharga untukku," ujar Catherine. "Maddie mempunyai karakter yang menyenangkan. Aku sangat menyayanginya."

Related Post

  • Burung Terkukur Ini Bertanduk Burung ini mempunyai dua tanduk di sebelah kanan dan kiri seakan akan tanduk lembu.  Tetapi kebanyakan burung t…
  • Walaupun Terputus Dua Tapi Masih Hidup Mungkin anda pernah mendengar beberapa waktu lalu, di mana seekor ayam yang kepalanya hampir terputus masih mampu b…
  • Cili Padi Berwarna Pelangi. Kalau cili merah hijau atau merah sudah biasa , anda perlu lihat cili padi warna - warni ini .Lupakan dulu cili …
  • Peluk Erat Kerana Diselamatkan Seperti manusia, haiwan juga boleh merasakan sedih, gembira dan berterima kasih. Salah satunya, seperti yang ditunj…
  • Besar Tapi Panas Frying Pan Lake adalah tasik air panas terbesar di dunia yang terletak di New Zealand. Seperti namanya, air di tasik …
0 Komentar untuk "Makan Apa Sahaja Termasuk Batang Kayu."

 
Copyright © 2014 Gaban Comel - All Rights Reserved
Template By Catatan Info