Selfie Guna Kasut.


Sekarang adalah zamannya selfie. Ke mana anda pergi, apa yang anda lakukan, lebih baik anda tidak lupa mengabadikannya dengan mengambil potret diri anda dengan menggunakan teknik selfie. Kerana jika tidak, anda akan menyesal. Pertama kerana saat anda tidak dirakamkan, dan yang kedua anda jadi tidak boleh post dilaman sosial.



Mengikut masa, semakin banyak dijumpai alat-alat yang dicipta untuk memudahkan kita melakukan selfie. Perkara ini tentu saja dilatarbelakangi oleh sukarnya mengambil gambar diri dan rakan-rakan dengan menggunakan tangan. Alat yang sedang popular saat ini adalah monopod . Tapi kini ada yang lebih baru lagi, Ladies, iaitu kasut selfie yang disebut Shoefies (Shoe Selfies).



Dikutip dari demilked.com, kasut ini dicipta kerana monopod dirasa kurang praktikal untuk melakukan selfie. Anda perlu membawa tongkat tersebut kemana-mana, memasang kamera, menetapkan timer dan sebagainya. Sedangkan dengan kasut selfie keluaran jenama ternama di New York iaitu Miz Mooz, anda hanya perlu memasukkan handphone pada slot, mengangkat kaki agak tinggi dan menekan butang kamera dengan ibu jari kaki anda.



0 Komentar untuk "Selfie Guna Kasut."

 
Copyright © 2014 Gaban Comel - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info