Lelaki Ini Punyai Negara Sendiri
Merasa diperlakukan tidak adil oleh kerajaan, lelaki ini pun memutuskan untuk membuat negara sendiri. Sepertinya dia ingin memerdekakan hidupnya agar tidak berada di bawah ketidakadilan.
Seperti dikutip dari Go World Travel, pada tahun 1952, lelaki ini memutuskan untuk tinggal di sebuah tanah bekas kampung nelayan yang ditinggal oleh penduduknya. Namun, kehidupan Eli Avivi diusik oleh kerajaan Israel yang ingin menjadikan tempat itu sebagai taman negara.
Jentolak pun dikerahkan agar pelaksanaan cepat digelar dan membuat takut. Eli yang sudah tinggal selama 10 tahun ini tidak menyerah begitu saja dan melakukan perlawanan sehingga dia sempat mengalami patah tulang.
Puncak kemarahan Eli pun meluap di mana dia merobek pasportnya dan memutuskan untuk mendirikan sebuah negara pada tahun 1971. Sangat unik kerana negara ini luasnya hanya kira-kira 3.5 hektar dan di sana dia hanya tinggal berdua bersama isterinya.
Eli pun mengangkat dirinya sebagai presiden dan menamakan negaranya Akhzivland. Cerita negara ini pun merebak dan mengundang orang untuk berkunjung. Bahkan, kini menjadi destinasi para pelancong kerana keindahan pantainya. Eli pun menyambut para pelancong dan membuka negaranya lebar-lebar untuk para pengunjung.
0 Komentar untuk "Lelaki Ini Punyai Negara Sendiri"