Memang Berani Tinggal Bersama Haiwan Buas.


Kucing dan anjing  merupakan haiwan yang paling banyak dipelihara. Tingkahnya yang lucu dan menggemaskan, seringkali membuat pemiliknya terhibur. Namun apa jadinya jika kucing dan anjing  yang dipelihara bukan dari jenis yang  kecil, melainkan kucing dan anjing besar seperti singa dan harimau?

Tentu tidak setiap orang berani memilikinya. Selain terkenal sebagai haiwan pemakan daging, haiwan besar juga terbilang tidak lucu, malah terkesan menyeramkan. tetapi berbeza bagi Carl Bovard yang berasal dari Florida.

Ia tidak segan-segan bermain dengan 14 haiwan pemangsayang bersaiz besarnya, mulai dari harimau Bengal, yang merupakan jenis kucing terbesar, singa, hingga leopard. Bahkan sehariannya dihabiskan untuk menjaga kucing-kucing besarnya tersebut.

Soal kemalangan, Bovard sudah tidak asing lagi. Hidungnya pernah digigit oleh leopard, bahunya terkehel akibat bergelut dengan harimau Bengal. tetapi itu bukan halangan dan menjadi ketakutan bagi lelaki yang matanya buta, pada salah satu matanya ini.

Ke-14 kucing besar tersebut di antara dua singa, enam harimau, kucing padang pasir, lynx, dan leoprad. Ia sendiri memelihara kucing-kucing besar ini di laman rumahnya di Florida.

"Banyak sekali bahayanya tinggal bersama haiwan-haiwan buas ini, dan anda harus mengambil semua risikonya. Tidak ada yang meragukan, jika kematian sangat dekat dengan saya. Dan saya menikmatinya hidup bersama mereka," kata Bovard.

Ia sendiri sering bermain dengan kucing-kucing ini helah memburu, dan membangunkan bakat mereka yang seharusnya di alam liar. Untuk urusan makannya, sekurang-kurangnya ia membeli setiap minggu 680 kilogram daging, yang diberikan perharinya sebanyak 90 kilogram kepada semua peliharaannya.









Jom saksikan video menarik Ini:


Related Post

  • Jambatan Paling Curam.  Sebuah iklan kereta di Jepun baru-baru ini menjadi perbincangan netter di sana. Mereka tercengang melihat jalan …
  • Rumah Bertemakan Coca Cola. Ada-ada saja yang dilakukan oleh wanita yang pelik ini. Biasanya suatu syarikat akan membayar seseorang agar mahu m…
  • Hotel Tergantung di Awangan. Saat bercuti banyak traveler yang menginap di hotel  yang murah hingga yang bertaraf bintang. Namun kami yakin j…
  • Hujan Air Batu Sebesar Bola Golf. Video ini dikatakan dirakam di pantai Russia, menunjukkan hujan ais aneh yang akan membuatkan orang-orang yang sedian…
  • Burger Katak di Jepun. Burger adalah salah satu makanan yang kerap ditemui di Jepun. Baru-baru ini, penduduk Jepun digemparkan dengan burger …
0 Komentar untuk "Memang Berani Tinggal Bersama Haiwan Buas."

 
Copyright © 2014 Gaban Comel - All Rights Reserved
Template By Catatan Info