Lebuhraya Terpanjang dan Sunyi Sepi di Dunia.
Cuba bayangkan bagaimana rasanya apabila anda perlu memandu jarak jauh sedangkan jalan yang anda tempuh berbatu-batu jauhnya dan tanpa ada selekoh satupun? Jika anda dicabar, cuba naiki kenderaan di Eyre Highway. Jalan Raya yang juga disebut Eyre itu menyambung Australia Barat dengan Australia Selatan melewati Nullarbor Plain.
Eyre Highway benar-benar jalan lancar tanpa terlihat pokok sebatangpun sejauh mata memandang, bahkan timbunan bukit atau tasik. Pemandangan tidak berkesudahan itu membentang 1675 km dari arah Port Augusta yang di Timur hingga Norseman yang ada di Barat. Sedangkan jalan lurusnya sendiri boleh mencapai 145,6 km, sama sekali tanpa selekoh.
Itu sebabnya Eyre Highway menjadi jalan terpanjang di Australia. Namun ia masih tewas panjang dengan jalan lurus terpanjang sejagat yang ada di Arab Saudi, Highway 10, dengan panjang 260,7 km. Dilihat di peta, Highway 10 ini kelihatan selurus pembaris melintasi padang pasir.
Dengan panjang 145,6 km, Eyre Highway sudah pantas menyandang gelar sebagai jalan yang panjang dan sunyi. Rumah-rumah persinggah di sepanjang jalan kurang lebih berjarak 200-300 km yang biasanya menyediakan makanan, petrol, motel bahkan juga bengkel. Sedangkan untuk kecemasan perubatan, Royal Flying Doctor Service of Australia biasanya rutin rondaan di sana untuk memberikan bantun kesihatan di daerah-daerah yang jarang ditemui hospital.
Sejarah dari nama Eyre ini sendiri bermula dari orang Eropah yang bernama Edward John Eyre. Edward adalah seorang berbangsa Inggeris yang melintasi dataran ini seorang diri pada tahun 1841. Ia hidup dengan memakan cicak dan berusaha menjaga kelembapan selama di perjalanan.
Menariknya, jejak Edward ini diikuti oleh Arthur Charles Jeston Richardson, orang yang berbasikal pertama kali melewati dataran ini. Sedangkan pada tahun 1896, Henry Gilbert menghabiskan 31 hari dengan berjalan kaki untuk melintasi Jalan Raya yang terkenal sangat panjang di Australia ini sendirian tanpa teman dan persediaan makanan.
Meskipun begitu, pembinaan Jalan Raya Eyre sendiri baru bermula pada Julai 1941, beratus-ratus tahun selepas apa yang dilakukan Edward. Semenjak 1976, Jalan Raya Eyre ini mula ditampal dan memudahkan penunggang untuk melintasi dataran ini.
Di balik kesunyiannya, Eyre Highway sebenarnya menawarkan beberapa tempat menarik yang boleh dikunjung. Diantaranya adalah Newman dan Afghan Rocks dekat Balladonia, Balai Cerap Burung di Eyre, Gua Cocklebiddy yang terkenal serta pemandangan yang menakjubkan dari sisi jalan Madora, melihat paus di teluk dan beberapa lubang serta lubang semburan yang banyak terdapat di sisi jalan.
0 Komentar untuk "Lebuhraya Terpanjang dan Sunyi Sepi di Dunia."