Gadis Cantik Ini 2 Tahun Tak Pernah Buang Sampah.


Pelbagai cara untuk menjaga alam sekitar, salah satunya adalah dengan mengurangkan pengeluaran sampah harian. Salah satunya  manusia iaitu Lauren Singer yang melaksanakan pengurangan pengeluaran sampah harian. Hal ini ia lakukan dengan cara tidak buang sampah selama 2 tahun.

Lauren mula mengenal konsep "Zero Waste" ketika belajar di jurusan ilmu alam sekitar. Bukan hanya sekadar mempelajari teorinya saja, namun Lauren juga mempratikkan dalam kehidupan sehari-hari selama 2 tahun terakhir.

"Aku akan mengatakan bahawa
perkara yang paling sukar tentang Zero Waste adalah harus hidup di dunia di mana hanya beberapa orang yang peduli dengan perkara itu," katanya. Lauren menjelaskan bahawa hidup tanpa sampah tidak selalu menjadi perkara yang mudah.

Mahasiswi kelulusan New York University ini bermula dengan berhenti membeli produk bungkusan. Selain itu, Lauren juga membawa beg dan botol sendiri untuk diisi dengan barang-barang yang ia beli dari pasar raya. Ia bahkan berhenti membeli pakaian baru dan berbelanja barang lama.

Lauren mula menjual dan menyumbangkan barang-barang yang tidak ia gunakan lagi. Termasuk 10 pasang jeans yang tidak ia kenakan lagi sejak di bangku sekpolah lagi dan barang-barang hiasan yang tidak terlalu penting lagi baginya. Gaya hidup bebas sampah yang telah dijalani Lauren selama 2 tahun terakhir ini memang tidak main-main dan boleh diteladani.

Tidak berhenti sampai disitu, Lauren bahkan membuat ubat gigi, deodoran dan sabun cuci sendiri sebagai usaha untuk mencegah timbulnya sisa yang tidak perlu. Baru-baru ini ia juga mendirikan sebuah syarikat mesra alam, The Simply Co. Lauren merancang akan menjual produk buatannya sendiri melalui syarikat ini.
0 Komentar untuk "Gadis Cantik Ini 2 Tahun Tak Pernah Buang Sampah."

 
Copyright © 2014 Gaban Comel - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info