Seorang wanita bertelanjang bulat di pusat bandar ini dan berlingkar di atas pinggan sebagai membantah pemakanan ayam belanda sempena sambutan Krismas.
Dengan pisau besar dan garfu di sebelahnya, wanita itu berlingkar, menggambarkan dirinya ayam belanda dengan kacang pea, lobak dan kubis bersebelahannya di atas pinggan itu dalam kempen menggalakkan orang ramai berhenti makan daging, sebaliknya beralih kepada sayur.
Pengarah Kumpulan Layanan Beretika Terhadap Haiwan (PETA), Elisa Allen memberitahu akhbar Liverpool Echo, pihaknya berusaha menggalakkan orang ramai tidak memakan daging haiwan sempena sambutan Krismas ini.
Bagaimanapun, kajian yang dilakukan media tempatan berkata, tunjuk perasaan itu tidak akan mengubah pendirian orang ramai.
Seorang pembaca berkata: “Saya tidak percaya ia akan mengubah tradisi Krismas. Daging ayam belanda memang menyelerakan.”
Seorang lagi menambah: “Saya tidak sabar menanti makan malam dengan ayam belanda di atas meja diikuti daging lembu panggang keesokannya.” - Agensi
Jom saksikan video berikut ini:
0 Komentar untuk "BberbogelBantah Makan Ayam Belanda."