Seram Pulak Tengok Bulu Mata Palsu Ini.
Halloween selalu dikaitkan dengan ahli-ahli sihir, hantu dan makhluk-makhluk menyeramkan dari kebudayaan Barat. Pelbagai pakaian seram telah disiapkan oleh banyak masyarakat yang ikut merayakan pesta Halloween.
Tidak mahu ketinggalan, syarikat Daiso di Jepun sengaja mencipta produk baru berupa bulu mata palsu dan pelekat kuku untuk menyambut Halloween yang jatuh pada 31 Oktober. Produk bulu mata palsu ini direka sangat unik dengan menampilkan ciri khas Halloween.
Produk bulu mata palsu ini mempunyai bentuk sarang labah-labah, pengebumian, kelawar, bahkan pokok yang biasanya muncul dalam filem-filem seram. Warnanya hitam pada produk tersebut sengaja disesuaikan dengan konsep Halloween yang gelap.
Meskipun kelihatan tidak selesa dipakai kerana reka bentuk yang kelihatan terlalu besar dan berat, produk ini banyak diminati kerana harganya yang berpatutan. Bulu mata palsu ini boleh dibeli dengan harga 100 yen .
Sementara itu, tidak hanya bulu mata palsu, produk pelekat kuku bertema Halloween juga mula dipasarkan. Stiker kuku ini direka dengan pelbagai bentuk, seperti labah-labah, rumah hantu, kelawar dan warna merah darah .
0 Komentar untuk "Seram Pulak Tengok Bulu Mata Palsu Ini."