San Pedro merupakan penjara paling besar di La Paz, Bolivia sekurang-kurangnya ada 1500 tahanan yang berada di penjara ini namun ada yang unik di penjara ini semua tahan di sini bebeas tidak seperti banduan yang ada di penjara lain.
Jika anda datang dan masuk kedalam Penjara San Pedro di La Paz, Bolivia ini maka anda akan mendapati beberapa kedai, cafe, restoran dan mini market kehidupan para banduan di dalam penjara San Pedro sama seperti yang ada di luar penjara yang membezakan disini mereka adalah tahanan.
Para banduan mempunyai kehidupan bebas di dalam penjara tanpa adanya campur tangan warden penjara, warden penjara akan bertindak tegas jika ada kekecohan yang berlaku walaupun undang-undang di dalam penjara ini juga berbeza dengan di luar penjara mereka juga mempunyai pemimpin sendiri yang dipilih secara langsung.
Namun tidak percuma untuk tinggal di penjara ini ada biaya yang perlu dikeluarkan oleh para banduan mampu membayar dengan harga mahal maka banduan akan mendapat ruang penjara yang lengkap dengan kemudahan seperti TV, tandas, tempat tidur dan lain sebagainya.
Berbeza dengan tahanan yang tidak mampu bayar mereka akan tinggal di tempat yang kotor dan lusuh.
Kerana dipenjara ini bebas dan tidak ada campur tangan pegawai penjara maka merka tidak mendapat makan untuk bertahan hidup para tahanan diharuskan menjual untuk mendapatkan wang sehingga tidak hairan jika kamu masuk penjara ini dalamnya seperti pasar.
Selain itu orang luar yang ingin ikut masuk dan tinggal bersama banduan di dalam penjara ini juga dibenarkan sekurang-kurangnya kini ada kira-kira 200 kanak -kanak yang tinggal dengan ayah mereka yang menjadi tahanan di dalam penjara San Pedro.
Jom saksikan video berikut ini:
0 Komentar untuk "Dalam Penjara Ini Banduannya Bergerak Bebas."