Burger Hitam Popular di Jepun.


Trend burger warna hitam seolah-olah belum reda di Jepun. Menjelang perayaan Hallowen malah makin meramaikan trend tersebut. Dimulai oleh Burger King, kini McDonald menjual burger hitam di Jepun.

Hanya dalam jarak seminggu sejak Burger King membuat hamburger dengan keju hitam, McD ikut mengeluarkan burger sama. Jika saingan menggunakan arang buluh sebagai pewarna hitam maka McD memilih dakwat sotong. Ikasumi Burger ini dijual 370 Yen dengan isian standard.

Meskipun begitu Rocketnews24 mendakwa burger hitam dari McD tidak seberat Burger King. Kejunya masih berwarna kuning normal dengan roti hitam yang tidak terlalu pekat. Sebabnya, beberapapelanggan mengaku merasa jijik ketika cuba Burger King hitam kerana terlalu pekat warnanya.

Sayangnya tidak semua gerai menjajakan edisi khas Hallowen ini. Ikasumi Burger hanya dijual di 3 lokasi iaitu stesen Seibu Shinjuku, Shinjuku Minamiguchi dan Shinjuku Oguard Nishi. Jika anda sedang berada di Tokyo mungkin boleh cuba makanan unik ini.

Sebelumnya Burger King mengeluarkan dua variasi burger hitam dengan keju sama hitamnya serta sos sama. Dijual secara terhad mulai 19 September, burger tersebut dibeli 480-690 Yen.

 





0 Komentar untuk "Burger Hitam Popular di Jepun."

 
Copyright © 2014 Gaban Comel - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info