Pasti Anda Terperanjat Cara Nelayan Bangla Tangkap Ikan.
Menangkap ikan boleh dilakukan dengan pelbagai cara. Baik oleh nalayan atau pemancing. Namun ada perkara yang unik yang dilakukan oleh nelayan di selatan Bangladesh. Mereka mendapatkan bantuan daripada "teman" kecilnya.
Memberang telah menjadi teman bagi nelayan di Bangladesh dalam menangkap ikan, mereka membantu menangkap ikan lebih banyak. Dan cara ini telah dilakukan secara turun temurun.
Nelayan yang terletak kira-kira 130 kilometer dari Bangladesh ini, setiap hari pergi ke sungai dengan sebuah kumpulan memberang, yang akan menggiring ikan ke dalam sebuah perangkap berupa jaring.
Teknik ini telah diwariskan selama berabad-abad, sehingga nelayan sangat bergantung kepada bantuan rakan kecil mereka.
"Tugas kita bergantung kepada memberang. Mereka melihat ikan dan mengejar dan menggiringnya ke dalam jaring yang telah kami siapkan," kata Shashudhar Biswas, salah seorang nelayan di sana.
Cara ini boleh meningkatkan hasil tangkapan. Nelayan boleh membawa pulang berpuluh-puluh kilogram ikan setiap harinya, temasuk udang dan ketam. Namun cara ini menangkap ikan dengan memberang, telah mengalami penurun hingga 90 peratus, dalam 50 tahun terakhir.
Selain itu, populasi ikan juga kian menurun, disebabkan peningkatan pencemaran di dalam air sendiri, sehingga ikan sangat sukar untuk membiak.
Untuk memberang itu sendiri, setiap harinya, untuk satu kumpulan yang terdiri daripada dua dewasa dan 3 anaknya, menghabiskan ikan sekitar 3-4 kilogram sehari.
Cara menangkap ikan menggunakan kaedah ini diyakini nelayan akan pupus, jika populasi ikan kian surut. Terkadang banyak nelayan yang melepaskan memberangnya, untuk meningkatkan populasi memberang itu sendiri.
0 Komentar untuk "Pasti Anda Terperanjat Cara Nelayan Bangla Tangkap Ikan."