Ikan Jerung Berwajah Ngeri dan Seram Dijumpai.


Yang terlintas dalam fikiran kebanyakan orang bila bicara soal ikan jerung mungkin tidak akan jauh dari anggapan ikan jerung adalah seekor ikan besar bergigi tajam yang merupakan pemangsa laut menakutkan. Namun tahukah anda, ternyata tidak semua ikan jerung seperti itu. Ternyata ada ikan jerung yang berbeza jauh dengan anggapan itu, bahkan kelihatan lebih menyeramkan.

Disebut dengan 'Megamouth Shark' (Ikan Jerung Bermulut Besar) atau Megachasma pelagios, merupakan jenis
ikan jerung paling jarang ditemui di dunia dengan panjang tubuh hingga 6 meter, bermulut besar dengan diameter mencapai 1 meter lebih, dan berwajah menyeramkan. Ikan jerung jenis ini pertama kali ditemui pada tahun 1976. Menurut catatan sejarah, baru sekitar 63 penampakan munculnya ikan jerung tersebut.

Baru-baru ini di pantai Marigondon perairan Filipina dijumpai
ikan jerung bermulut besar terdampar. Sayangnya ikan jerung itu sudah dalam keadaan mati. Nelayan yang menemuinya menduga mungkin ikan jerung tersebut mati kerana terperangkap dalam jaring ikan.

Kemudian menurut pihak berkuasa kerajaan Filipina, tubuh
ikan jerung itu telah diletakan di dalam peti sejuk, dan selanjutnya akan di bedah siasat untuk mempelajari mengenai ikan jerung jarang ditemui.

Lebih lanjut, meski
ikan jerung bermulut besar itu wajahnya menakutkan tapi mereka tidak berbahaya bagi manusia. Mereka dikenali sebagai pemakan plangton. Mereka menggunakan mulutnya untuk menapis plangton dan ganggang laut dan memakannya. Menurut para saintis, sebahagian besar ikan jerung itu hidupnya menghuni di kedalaman laut.




Related Post

  • Berguling-guling Kerana Nak Berurut. Pelbagai  cara untuk mengurut badan, tapi kali ini mungkin yang paling aneh. Li Chia melakukan teknik mengurut&n…
  • Ulat Beluncas Pelbagai Perisa. Gerai  kopi di Jepun, Akai Tento no Koohii Ten, diterjemahkan sebagai warung kopi khemah merah adalah sebuah ked…
  • Isi Apple Berwarna Pink. Sesuai namanya, Surprize, kelainan baru epal ini seolah-olah boleh membuat anda terkejut. Sebabnya, epal Surprize mem…
  • Botol Paling Nipis di Dunia. Botol minuman pastinya berbentuk silinder yang kerap menonjol jika dimasukkan dalam beg. Kini ada pereka yang memberi…
  • Bedah Otak Ikan Buang Tumor Salah Satu pembedahan yang rasanya mustahil baru saja dilakukan oleh doktor haiwan Tristan Rich di Australia. Ia berj…
0 Komentar untuk "Ikan Jerung Berwajah Ngeri dan Seram Dijumpai."

 
Copyright © 2014 Gaban Comel - All Rights Reserved
Template By Catatan Info