Lelaki Pelik Ini Tinggal Kat Kampung Yang Tiada Penghuni.



Tidak boleh dibayangkan bagaimana seseorang hidup sendirian tanpa berinteraksi dengan orang lain. Namun, lelaki bernama Liu Shengjia ini membuktikan dirinya mampu bertahan tinggal sendirian selama 10 tahun.

Liu adalah satu-satunya penduduk di perkampungan Xuenshanshe, Provinsi Gansu di wilayah China bahagian barat laut. Sejak 2006 silam, Liu mencari dirinya sendiri di kampung tersebut kerana sebahagian besar penduduknya telah berpindah ke bandar kerana sumber-sumber yang mulai surut.




 Meskipun awalnya merasa tidak selesa, Liu akhirnya mulai terbiasa. Apalagi setelah ia memelihara kambing biri-biri yang sudah seperti rakan baginya.

"Pada mulanya saya tidak boleh tidur kerana di malam hari selalu mendengar jeritan anjing liar," kata Liu . "Tapi selepas saya memelihara beberapa kambing dan mereka menjadi teman bagi saya, saya mula terbiasa hidup sendiri."



Sementara itu, Liu sendiri kini bekerja sebagai pemerhati hutan di stesen perlindungan perhutanan setempat. Sehari-hari, ia terpaksa harus berjalan jauh untuk memenuhi keperluannya seperti mengambil air dan membeli makanan.

Kebelakangan ini, meskipun sudah terbiasa dengan keadaan sekarang, Liu mengaku ingin pindah ke daerah yang berpenduduk padat jika waktunya tiba. "Bertahan di sini bukan masalah bagi saya, tapi saya masih lebih suka berpindah ke kawasan padat penduduk jika saatnya tiba nanti," katanya.
0 Komentar untuk "Lelaki Pelik Ini Tinggal Kat Kampung Yang Tiada Penghuni."

 
Copyright © 2014 Gaban Comel - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info