Kerana Kanser Kena Kahwin Dengan Diri Sendiri.
Perkahwinan merupakan salah satu perkara bahagia dalam hidup manusia. Perkara tersebut juga dikehendaki oleh seorang wanita di New Zealand, Natalie Adams. Tidak seperti perkahwinan yang menyatukan dua insan, Natalie memilih untuk berkahwin dirinya sendiri.
Dipetik dari Worldwideweirdnews , Natalie ingin menikah setelah mengetahui usianya tidak akan lama lagi. Natalie didiagnosis oleh doktor menderita penyakit kanser tahap akhir.
Keputusan Natalie untuk berkahwin dirinya sendiri lantaran ia tidak mempunyai kekasih. Diiringi oleh anaknya, Natalie melangsungkan perkahwinannya dengan dibantu oleh adik serta sahabatnya, Angela dan Rebecca.
Natalie kelihatan cantik dengan gaun pengantin. Selain itu, kebahagian Natalie makin bertambah dengan kedatangan keluarga terdekat dan rakan-rakannya. Bagi Natalie, perkahwinan tersebut adalah perayaan berharga dalam hidupnya.
Selain berkahwin, Natalie masih mempunyai keinginan lain. Ia mengaku ingin bertahan hidup lebih lama agar dapat meraikan ulang tahun anaknya, Riley.
Tidak hanya itu, Natalie rupanya telah membuat senarai keinginan yang ingin diwujudkannya sebelum mati. Misalnya saja, naik helikopter, duduk di NASCAR hingga berenang bersama ikan lumba-lumba. Malangnya, keinginan tersebut harus terpendam kerana ia masih perlu menjalani rawatan penyakit kanser yang dialaminya.
0 Komentar untuk "Kerana Kanser Kena Kahwin Dengan Diri Sendiri."