Janda 71 Tahun Kahwin Remaja 17 Tahun.



Seorang janda berusia 71 tahun ber­kahwin dengan remaja berusia 17 tahun selepas me­reka berkenalan semasa bertemu pada majlis pengebumian anak lelaki wanita tersebut.


Daily Mirror melaporkan, Al­meda Erell yang memiliki empat anak berkata, dia tidak sangka akan bertemu jodoh dengan Gary Hardwick yang ditemuinya semasa pen­gebumian anak lelakinya, Robert, 45, yang meninggal dunia akibat penyakit sawan.

“Di sebalik kesedihan kerana pemergian Robert, saya ber­temu jodoh buat kali kedua de­ngan lelaki yang muda 54 tahun daripada saya.


“Saya tidak pernah terfikir sama sekali apabila Hardwick yang merupakan rakan baik isteri Robert menyuarakan hasrat untuk berkahwin dengan saya,” katanya yang turut mempunyai seorang cucu berusia 21 tahun iaitu tiga tahun lebih tua daripada suaminya sendiri.




Kata Erell, dia terkejut besar apabila seorang remaja yang ketika itu baru berusia 17 tahun mempunyai keinginan terhadap seorang wanita berstatus nenek.

“Saya tidak berniat mencari pasangan muda tetapi dilamar oleh Hardwick. Saya katakan kepada­nya saya mungkin sudah gila te­tapi kami saling menya­yangi selepas itu,” ujarnya.

Erell yang kematian suami pertama, Donald, 43, pada tahun 2013 akibat penyakit ken­cing manis membuat keputusan me­langsungkan majlis per­kahwinan pada satu majlis ringkas pada Oktober tahun lalu.

Hardwick yang kini 18 tahun, masih mempunyai ibu, Tammy yang berusia 48 tahun dan nenek, Carolyn yang sebaya dengan isterinya sekarang.

“Kehidupan sekarang menjadikan saya berasa seperti seorang remaja semula,” kata Erell lagi. ­– Agensi
0 Komentar untuk "Janda 71 Tahun Kahwin Remaja 17 Tahun."

 
Copyright © 2014 Gaban Comel - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info